阅读:4122回复:2

[语言文化]新加坡马来社群认同里的柔佛廖内及标准音

楼主#
更多 发布于:2020-08-15 12:39
http://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1521/922

这篇马来西亚大学网站上的论文共十八页,为Mukhlis Abu BAKAR, National Institute of Education撰写。以防下载不便,我转载部分过来。
篇幅过长不便拷贴,就不费神编辑了。有志者自然会找到管道一窥全豹。

1
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura61SEBUTAN JOHOR-RIAU DAN SEBUTAN BAKU DALAM KONTEKS IDENTITI MASYARAKAT MELAYU SINGAPURAMukhlis Abu BAKARNational Institute of Education, Singaporemukhlis.abubakar@nie.edu.sgManuscript received 29 May2019Manuscript accepted 21 Oct2019*Corresponding author10.33736/ils.1521.2019ABSTRAKPenubuhan  Radio  Malaya  pada  tahun  1946  di  Singapura  merupakan  titik  penting dalam  perkembangan Sebutan  Johor-Riau  (SJR)sebagai sebutan standard  bahasa Melayudi   Malaysia dan Singapura. Pada   tahun 1993, selaras dengan usaha pembakuansebutan    bahasa    Melayu    di Nusantara,    pemerintah    Singapura mengisytiharkan  Sebutan  Baku  (SB)  sebagai  sebutan  standard,  menggantikan  SJR, untuk  digunakan  di  sekolah-sekolah,  stesen-stesen  penyiaran  dan  di  upacara  rasmi. Tidak   seperti  Malaysia   yang   kembali   kepada   SJRpada   tahun   2000,   Singapuramengekalkan  SB.  Makalah  inimenyorot  evolusi  sebutan  standard  bahasa  Melayu dalam konteks sosio-sejarah orang Melayu Singapura dan Malaysiadanturutmenilai semula kebakuan SB. Lima gagasan pentingtelah dikenal pasti: 1) SJR (atau kelainan /ə/) dan kelainan /a/ merupakan dua model sebutan standard bahasa Melayu yang tumbuh secara  tabii  (SJR di  selatan  Semenanjung  dan  kelainan  /a/  di  utara); 2) Peristiwa-peristiwa    penting    yang    berlaku    secara    kebetulandalam    jaringan ketersebaran SJR menjadikannya sebutan standard yang lebih berpengaruh daripada kelainan /a/; 3) Identiti bahasa orang Melayu Singapura terkait rapat dengan SJR. 4) SB adalah model sebutan yang dibuat-buat berpandukan prinsip ‘sebut sebagaimana dieja’ dan tidak dapat dipakai untuk bahasa  Melayuselagi  ejaan  tidak  menepati sebutan; 5)  SB yang  dituturkan  di  Singapura muncul  sebagai sebutan  hibrid –campuran   SB   dan   SJR.Makalah   ini   turut   membincangkanimplikasi   daripada penerusan dasar SB di Singapura.Kata  kunci:Sebutan  Baku,  Sebutan  Johor-Riau,  Bahasa  Melayu  Standard;  Identiti bahasa
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura62SEBUTAN JOHOR-RIAUAND SEBUTAN BAKUIN THE CONTEXT OF THE SINGAPORE MALAY IDENTITYABSTRACTThe establishment of Radio Malaya in 1946 in Singapore was an important milestonein  the  development  of Sebutan Johor-Riau(SJR)  as  the standard pronunciation  in Malay in Malaysia and Singapore. In 1993, in line with efforts tostandardiseMalay pronunciation  in  the  archipelago,  the  Singapore  government introducedSebutan Baku(SB)   as the standard pronunciation,   replacing SJR,   for   use   in   schools, broadcastingstations   and during official   ceremonies.   Unlike   Malaysia,whichreturned to SJR in 2000, Singapore retainedSB. This paper reviews theliterature onstandard pronunciationin Malay in the context of the socio-history of theMalays inSingapore  and  Malaysia andre-evaluates SBas  a  standard  pronunciation. The following  points  emerged: 1)  SJR  (or /ə/variety)  and /a/ variety are  two models  of standard pronunciation in Malay that evolved naturally (SJR in the south, and the /a/ variety  in  the north,  of  the  Malay Peninsula); 2) significant  events that occurredwithin  SJR’sdistributednetwork  made  it astandard pronunciation  that  is  more influentialthan the  /a/variety;  3) the Singapore  Malay  language  identity  is  closely related  to  SJR. 4)  SB is  a  created  modelof  pronunciation based  on the  principle 'words  are  pronounced  as  they  are  spelled'  and  cannot  be applied  toMalay for as long as thewords  are  not spelledas  they  arepronunced; 5)  SB as spoken in Singapore emergesasahybrid –a  mix  of  SB  and  SJR.This  paper  also  discusses  the implications from thecontinuation of theSB policyin Singapore.Keywords:Sebutan Baku, Sebutan Johor-Riau, StandardMalay; Language IdentityPengenalanPada  tahun  1993,  selaras  dengan  usaha  penyeragaman  bahasa  Melayu  antara Indonesia,  Malaysia  dan  Singapura  yang  bermula  sejak  tahun  50-an,  pemerintah Singapura  mengangkat  Sebutan  Baku  sebagai  sebutan  yang  standard  atau  baku menggantikan  sebutan  standard  yang  sedia  ada  pada  waktu  itu,  iaitusebutan berasaskan   loghat   Johor-Riau   (AsmahHaji   Omar,   1988;  1992a).   Sebutan  Baku diperkenalkan   di   sekolah-sekolah   dan   di   stesen-stesen   penyiaran   dan   turut disyorkan  penggunaannya  di acara-acara  rasmi yang berbahasa  Melayu  (CPDD, 1990).  Sepanjang  pelaksanaan  Sebutan  Baku,  banyak  tengkarah  yang  timbul dalam kalangan  masyarakat dengan  ada  yang  menyokong  dasar  tersebut  dan  ada  yang tidak  (BH,  2011a;  BM,  2018;  ST,  2013).  Kini,  lebih  25  tahun  kanak-kanak  Melayu  di Singapura  terdidik  dengan  Sebutan  Baku  bagi  mata  pelajaran  bahasa  Melayu  di sekolah.  Masyarakat  umum  juga  disajikan  dengan  berita  di  radio  dan di televisyen yang disampaikan menggunakan Sebutan Baku.Banyak  yang  telah  ditulis  mengenai  Sebutan  Baku,  antaranya  oleh  Asmah (1992b),  Asraf  (1984),  Awang Sariyan (2000), Mohamed  Pitchay  Gani  (2004)  dan Suratman Markasan (1989). Rata-rata,  semua  sarjana  ini  kecuali  Asmah  (1992b)
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura63memberisokongan   penuh   kepada   dasarSebutan   Baku.   Awang   (2000)   malah menganggapmereka  yang menolakSebutan  Baku  sebagai  kumpulan  yang  kurang faham  akan  konsep  pembakuan  bahasa  termasuk  sistem  sebutan.Makalah  ini bertujuan   untuk   menyumbang   kepada   wacana   tentang Sebutan   Baku   dengan meneliti  konsep  sebutan  baku  itu  sendiri  sambil  menyorot  sejarah  perkembangan bahasa  Melayu  standard  sertaketerikatan  sebutan  yang  berasaskan  Johor-Riau dengan  identiti bahasa orang  Melayu  Singapura. Makalah  ini  turut  membincangkanimplikasi daripada penerusan dasar Sebutan Baku.Bahasa Melayu di NusantaraBahasa    Melayu    adalah    bahasa    asli diSingapura    dankawasan-kawasan    di sekelilingnya termasukSemenanjung   Malaysia   dan   selatan   Thailand,   bahagian tengah dan timurSumatera, Kepulauan Riau hinggalah ke pantai barat pulau Borneo (Asmah, 2005).  Di  luar  kawasan teras ini –dari  Sumatra  ke  Papua  Barat –kawasanyang  diberi  nama  Nusantara  atau  Kepulauan  Melayu –bahasa  Melayu merupakanlingua   francadalam   kalangan   komuniti-komuniti   yang   mempunyai   bahasa   asli mereka  sendiri.  Bahasa  Melayu  juga  berfungsi  sebagai  bahasa  perdagangan  dan bahasa  perhubungan  antara  kerajaan.  Hal  ini  disebabkan  oleh  pengaruh  kerajaan-kerajaan   Melayu   pada waktu   dahulu,   bermula   dengan   Kerajaan   Srivijaya   di Palembang,Sumatra, dari abad ke-7 dan kemudian kesultanan Melaka dari abad ke-15(Collins, 1998). Kejatuhan Kesultanan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 diikuti dengan kemunculan kesultanan-kesultanan laindi kawasan asli Melayu termasuk kesultanan Johor-Riau(abad ke-17 hingga ke-19). Dialek Johor-Riau menjadi dialek tempatan di wilayah-wilayah   kesultanan   Johor-Riau.Kawasandialekini mencakupi daerah-daerah  di Sumatra  timur  termasuk  Kepulauan  Riau,  Singapura, Johor,PahangdanSelangor. Dialek   ini juga mempunyai   banyak   persamaan   dengan   dialek   yang penyebarannya sampai ke Ipoh di Perak(Asmah, 1992a). Dunia  Melayu  terbahagi  secarapolitik  buat  kali  pertama  dalam  sejarahnya pada tahun 1824 dengan Perjanjian British-Belanda. Di bawah perjanjian itu, Britain menguasai  Singapura  dan  Semenanjung  Tanah  Melayu  serta  sepertiga  Borneo  (kini Malaysia)  manakala  Belanda  menguasai  kawasan  selebihnya  (kini  Indonesia).  Di kawasan-kawasan yang  dikuasaiBelanda,  penutur  asli  bahasa  Melayu  membentuk kumpulanminoriti  di  sampingpenutur  asli ratusan  bahasa  lain  termasukbahasa Jawayang amat berpengaruh. Maka berputiklah kelainan bahasa Melayu di wilayah Belanda yang berpusat di Jawa yang menerima pengaruh pelbagai bahasa khususnyabahasa  BelandadanJawa selainbahasa-bahasa  asli  yang  lain.  Kelainan  ini  kian berbeza   daripada   bahasa   Melayu   yang   dituturkan   di   kawasan   teras   Melayu, khususnyaSingapura  dan  Semenanjung  Tanah  Melayu(Alisjahbana,  1976;  Asmah, 1993;  Collins,  1998). Menjelang  kemerdekaan  Indonesia,  kelainan  inidiisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Indonesia dan dinamakan Bahasa Indonesia.
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura64Dialek Johor-Riau dalam Pembentukan Bahasa MelayuStandardBahasa  Melayu  di  Singapura  dan  Malaysia  berkembang  secara  bersama  untuk tempoh  yang  agak  lama.  Kedua-dua  negara  mengongsi  sejarah  penjajahan  yang sama.  Selain  itu,  negeri  Johor  dan  Singapura  terletak  dalam  daerah  dialek  Melayu yang  sama,  iaitu  dialek  Johor-Riau  (Asmah,  1988;  Winstedt,  1992).  Menurut  para sarjana  bahasa  (Asmah,  1988;  Asraf,  1984),  dialek  inilah  yang  menjadi asas  kepada Bahasa  Melayu  Standard  yang  digunakan  di  kedua-dua  buah  negara  walaupun terdapat  beberapa  dialek  Melayu  yang  laindi  semenanjung  Tanah  Melayu.  Hal  ini demikian kerana Singapura yang berdialek-kan Johor-Riau merupakan pusat budaya, politik  dansosio-ekonomi  masyarakat Melayuyang  mencapai  kemuncaknya padazaman penjajahan British(Asmah, 1992a; Heng, 2011). Akhbar  bahasa  Melayu  di  Malaya  bermula  di  Singapura  pada  akhir  abad  ke-19.Dengan  tertubuhnya  media  percetakan,  nahu  dan kosa  kata  dialek  Johor-Riau ‘dipinjam’untuk percetakan. Norma-norma yang dibangunkan untuk bahasa tulisan yang  dipelopori  golongan  inteligensia, yang  pada  awalnya  menggunakan  skrip  Jawi (Amat   Juhari  Moain,   1996;   Hashim   Musa,  2006),tersebar  ke   sekolah-sekolah, institusi  perguruandan  pejabat-pejabatkerajaan  di  seluruh  Malaya  dan  Singapura.Proses pengintelektualan   bahasaberterusan   hingga   terbentukkelainan   bahasa Melayuyang supralokal,  iaitu  tidak  dibatasi  kawasan.Kelainan  inidikenali  sebagai Bahasa Melayu Standard (BMS)(Asmah, 1988). Perkhidmatan   radio pulamula   beroperasi   pada   tahun   1946dengan tertubuhnya  Radio  Malaya  di  Singapura.  Jika dialek  Johor-Riau  menjadi  model  bagi bahasa  bercetak  (Asraf,  1984),  sebutan  dialek  Johor-Riau  pula  menjadi  normasebutan juruhebah dan pembaca berita yang bertugas di stesen radio (Asmah 1988, 1992a). Sepertiyang berlaku kepada nahu dan kosa kata dialek Johor-Riau, sebutandialek   itujugaberkembang   bagi   memenuhi fungsinya   yang   meluassambilmenampung   penyebutan   perkataan-perkataan   baharu   yang   dipinjamdaripada bahasa  lain. Gaya  sebutan  ini  dibawa  ke  Kuala  Lumpur  apabila  Radio  Malaya berpindah  ke  sana  dan ke  utara apabilaPulau  Pinang  membuka  stesen  radionya sendiri, jugadi Sabah dan Sarawak (Asmah, 1992a). Makalahirlah sebutan standard bahasa Melayusupralokal yang merupakan variasi kepada sebutanasal dialekJohor-Riau.   Makalahinimenamakansebutan   standard   iniSebutan   Johor-Riau   (SJR), mengekalkan  nama  ‘Johor-Riau’  bagi  mengiktiraf  asal-usulnya.   Asmah   (1992a) merujuknyasebagai kelainan /ə/ atau kelainan ‘pepet’.Jelas bahawa pemilihan dialek Johor-Riau sebagai asas kepada pembentukan BMS   dan   SJR berlaku   secara   kebetulandan   bukan   kerana   perancangan   atau ketetapan yang dibuat  oleh pihak berkuasa(Asmah, 1992a). Laluan yang ditempohi bahasa  Melayu  standard ini,  daripada  sebuah  dialek  kawasan kepadadialek  sosial yang   diterima   masyarakattanpa   dipaksa,tidak   unik   kepada   bahasa   Melayu sebaliknya  mengongsi  sejarah  yang  serupa  dengan bahasa-bahasadunia  yang  lain seperti bahasa Inggeris(Coupland, 2014; Hjarvard, 2004).Harus  diingat  bahawa  sebutan  standard  bahasa  Melayu  adalah  dwipusat (Asmah, 1992b).  Selaindaripada  SJR  (atau  kelainan /ə/),  terdapat  juga  kelainan  /a/ yang dituturkan di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Antara dua sebutan  yang tabiiini,  SJR  memainkan  peranan  penting  sebagai  model  sebutan  di
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura65stesen-stesenpenyiaran.  Oleh yang demikian,iasebutan  yang  lebih  berpengaruhdaripada  kelainan  /a/.  Penutur  kelainan  /a/ boleh  didengar  beralih  antara  kedua-dua  kelainan  dalam  peristiwa-peristiwa  bahasa  tertentumanakaladalamkalangan penutur  SJR,  mereka  terbiasa  dengan  kelainan  /a/  hanya  dalam  nyanyian  dan deklamasisajak  (Asmah, 1992b). Di  samping  itu,kelainan  /a/  sering  disalah  anggap sebagai Sebutan Baku kerana beberapa ciriyang dikongsi bersama.Hal ini dijelaskan dalam bahagian tentang ciri-ciri Sebutan Baku.Bahasa Melayu di SingapuraApabila  Singapura  berpisah  daripada  Malaysia  pada  tahun  1965,  ia  mewarisi  BMS, baik dalam bentuktulisan mahupun lisan. BMS adalah salah satu daripada dua dialek sosial bahasa Melayu yang dituturkan di Singapura. Dialek sosial yang satu lagi ialahBahasa  Melayu  Basahan  (BMB) yang  juga terbit  daripada  dialek  Johor-Riau  (Asmah, 1986).1BMS  bercirikan  sistem  penggabungan  yang  kompleks,  iaitu  penambahan imbuhan pada kata akar (‘me-’+‘tolak’ →‘menolak’, ‘ber-’+‘lari’ →‘berlari’), ciri yang sering digugurkandalam BMB (Benjamin, 1993; Koh, 1990). Dalam BMB, kata-kata kerap dipendekkan (contohnya, ‘tidak’ /tidaʔ/ →/taʔ/, ‘hendak' /həndaʔ/ →/naʔ/; /h/ antara dua vokal digugurkan (misalnya, ‘mahu’ /mahu/ →/mau/, ‘tahu’ /tahu/ →/tau/);   dan   penambahan   hentian   glotis   (/ʔ/)   untuk   perkataan  yang berakhir dengan 'i' dan 'a' (misalnya, ‘nasi’ /nasi/ →/nasiʔ/, ‘bawa’ /bawə/ →‘bawak’ /bawaʔ/).2Sementara BMS ialah dialek formal yang digunakan oleh golongan terdidik di institusi  pendidikan,  media  dan  di  upacararasmi,  BMB  pula  ialah  dialek yang  tidak tertulis,  digunakan  sebagai  bahasa  basahan  di  rumah  dan  dalam  pelbagai  situasi yang  tidak  rasmi  (Koh,  1990).  Kedua-dua  BMS  dan  BMB,  bagaimanapun,  berkongsi ciri  sebutan  yang  sama,  iaitu  SJR.  Sama  ada  seorang  penuturmengucapkan ‘tidak cukup’ (bentuk BMS) atau ‘tak cukup’ (bentuk BMB), ‘cukup’ disebut dengan cara yang sama (/tʃukop/). Begitu juga dengan suku kata ‘pa’ dalam ‘tidak apa’ (BMS) dan ‘takpa’ (BMB);ia  disebut  dengan  cara  yang  sama  (/tidaʔapə/  dan /taʔpə/).  Jelas  di sini  bahawa  identiti  orang  Melayu  Singapura  dari  segi  bahasanya  berkait  rapat dengan SJR.Usaha Penyeragaman Bahasa Melayu di NusantaraPerbezaan  yang  semakin  ketara  antara  bahasa  Indonesia  dan bahasa  Melayu di negara-negara lain di Nusantara mendorong para bahasawan dari Malaya, Singapura dan Indonesia pada tahun 50-an untuk memulakan usaha menghasilkan satubahasa Melayu yangstandarduntukrantauini(MuhdAriffAhmad,  1993). Inimelibatkan pengkodifikasianbahasa dengan lebih tersusun bermula denganejaan diikuti dengan peristilahan,    tatabahasa,    perkamusan    dan    akhirnya    sebutan.    Bagaimanapun, keseragaman  penuh  merentas  sempadan  politik  sukar  dicapai,  terutama  sebutan(Milroy & Milroy, 2012).
Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura66Ada  beberapa  faktor  yang  menghambat  penyeragaman.  Pertama  pengaruh luar.  Ejaandan  penerbitan  kata  perkataandan  imbuhan  asing  yang  dipinjam  ke dalam  bahasa  Indonesia  dipengaruhi  bahasa  Belanda  manakala  Bahasa  Melayu  di Malaysia  dan  Singapura  dipengaruhi  bahasa  Inggeris.  Bagaimanapun,  dalam  arena kebahasaan  Indonesia  masa  kini,  lebih  banyakkata  bahasa  Inggeris  diindonesiakan berbeza   dengan   kebahasaan   Melayu   yang   lebih   cenderung   mengekalkan   kata bahasa  Melayu  yang  ada.Kedua  pengaruh  dalaman:  Bahasa  Indonesia  bahasa penyatu    pelbagai    penutur    bahasa    asli    yang    terdapat    di    Indonesia    yang mempengaruhi   kosa   kata   Bahasa   Indonesia;   Bahasa   Melayu   pula   berinteraksidengan dialek-dialek bahasa yang sama. Ketiga hubungan terhad di antara penutur: siaran  radio  dan  televisyen  di  kedua-duanegara  jarang  melintasi  sempadan  politik, begitu  juga  bahan-bahan  bercetak  yang  diterbitkan  di  kedua-dua  negara.  Keempat rasa bangga dan pemeliharaan identiti: Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu adalah penanda    identiti    bagi    penutur   masing-masing    yang    lebih    cenderung    untuk mengekalkan  bahasa  mereka  sendiri (Asmah, 1992a,1993).  Hingga  hari  ini, Bahasa Indonesia terus berkembang mengikut arah yang tersendiri yang berlainan daripada Bahasa Melayudi Malaysia dan Singapura. Baru-baru ini terbit sebuah kamus bahasa Indonesia-bahasa   Melayu   bagi memudahkan   para   penutur   kedua-dua   bahasa memahami perbezaan antara bahasa mereka(RusdiAbdullah, 2016).Pada tahun    1993,    selaras    dengan    harapan    awal    terhadap    usaha penyeragaman  bahasa  Melayu  di  Nusantara,  pemerintah  Singapura,  atas  nasihat Majlis   Bahasa   Melayu   Singapura   (MBMS)   mengisytiharkan   Sebutan   Baku   (SB) sebagai sebutan yang baku, menggantikan SJR, untuk diamalkan di sekolah-sekolah, stesen-stesen  media  dan  untuk  kegunaan  di  upacara  rasmi  (Muhd  Ariff,  1993).  Ini menyusuli perisytiharan yang serupa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia lima tahun sebelum  itu  pada  tahun  1988.Bagaimanapun,  pada  tahun  2000,  setelah  12  tahun melaksanakan   SB,   kerajaan   Malaysia   memansuhkannya   dan   kembali   kepada ‘sebutan  biasa’  (iaitu  kelainan  /ə/  atau  SJR)  kerana  bimbang  akan  terhakisnya identiti orang Melayu yang sekian lama berteraskan ‘sebutan biasa’ itu (Utusan Online,  2000a).3Singapura,  bagaimanapun,  kekal  dengan  dasar  SB  hingga  hari  ini. Pengekalan  SB  di  Singapura,  bagaimanapun,  mengundang  banyak  tengkarah  (BH, 2011a; BM, 2018).Berbeza  dengan  sebutan  standard  kelainan /ə/(SJR) dan  kelainan /a/yang masing-masing  mempunyai  sistem  fonologinya  yang  tersendiri  kerana  tumbuh  dan berkembang secara  tabii  dalam  masyarakat  penuturnya di  Malaysia  dan  Singapura, SB  ialah  fenomena  baru  bagi  penutur  di  kedua-dua negara  ini,  model sebutan yang dibuat-buat yang berpandukan prinsip ‘sebut sebagaimana yang dieja’ (Asraf, 1984; Dahaman,  1994; Mohamed  Pitchay  Gani,  2004; Suratman,  1989)yang  dipaksa  ke atas  penutur  bahasa  Melayu. Model sebutan ini dinamakan ‘Sebutan Baku’ dengan meletakkan  kata  ‘baku’  di  dalam  namanya  tetapi  ini  tidak  dengan  sendirinya menjadikannya sebutan yang baku. Ciri-ciri Sebutan BakuSB menuntutpenuturnya  mengucapkan  perkataan  mengikut  cara  perkataan  itu dieja. Ia mengandaikan bahawa satu huruf dapat dipadankan dengan satu bunyi, dan

最新喜欢:

iMjmJ.Com小爱卖家iMjmJ....
译海之深如语言之渊。吾等当游。
沙发#
发布于:2020-08-16 09:49
Nyuggu:好长,谁能看懂。楼主难道全看懂了吗,你是大马华侨?回到原帖
祖上早落户。我父辈都不称侨了。马来文读写不难。
译海之深如语言之渊。吾等当游。
Nyuggu
黄金十字骑士
黄金十字骑士
  • 社区居民
板凳#
发布于:2020-08-16 02:49
好长,谁能看懂。楼主难道全看懂了吗,你是大马华侨?
[Nyuggu于2020-08-16 02:53编辑了帖子]
游客

返回顶部