阅读:8655回复:0

[语言交流]博特拉大学校外课程马来文课件

楼主#
更多 发布于:2011-10-06 16:38
http://www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman;task=doc_view;gid=4694;Itemid=1
看来在声友群里还有一定的作用。
共有29页,比较系统的介绍近来马来文的一些统一过程。原始文件是马来文的,ppt格式。转载如下(一些图表就显示移位了):
 
[font='Liberation Serif']
 
 
 
1

PEMBAKUAN BAHASA
 
 
 
 
MINGGU 4
 
 
 
2
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami
pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika
mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan
tradisi bahasa Melayu.
 
Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem
penulisannya sejak awal abad ke-20. RJ
Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun
Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
 
 
 
3

Za'ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga
menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah
selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil
melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia,
sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi
Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem
Ejaan Yang Telah Disempurnakan.
 
 
 
4
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
    ISC]
  1. Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).

 
Sistem Keselarasan Huruf Vokal
    ISC]
  1. Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

 
 
 
5

    Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku

    berasaskan syarat yang berikut:
    ISC]
  1. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan.
  2. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.
  3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

 
 
 
6
Rajah Segitiga Vokal Melayu


a
 
 
e o
 
 
 
 
 
i e u
 
 
 
 
 
7
    Pengertian Rajah
    ISC]
  1. Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola ai, ia, au, ua, iu, ui, o- e taling , dan e taling o ( 8 pola ).

    ISC]
  1. Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a, i i, u u, e taling – e taling, dan o – o ( 5 pola ).

    ISC]
  1. Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a i atau i a dan oleh garis a u atau u a. Pola yang wujud ialah e taling a dan o – a ( 2 pola ).

 
 
 
8


    4. Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet u, dan e pepet a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

 
 
 
9

    POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

    Bil. Suku Kata Suku Kata Contoh

    Praakhir Akhir Tertutup
    ISC]
  1. a a parah, asak
  2. a i alih, balik
  3. a u basuh, halus
  4. e pepet a telan, kelam
  5. e pepet i petik, betik
  6. e pepet u telus, keruh
  7. i a silang, bilah
  8. i i sirih, risik
  9. i u sibuk, tiruk
  10. u a usap, sukat
  11. u I pulih, surih
  12. u u tunduk, luhur

 
 
 
10

13. e taling a serat, dewan
14. e taling e taling heret, leceh
15. e taling o besok, elok
16. o a borang, sorak
17. o e taling boleh, korek
18. o o borong, sorok
 
Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada
sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini
menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup
digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata pra-
akhir.
 
Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup
 
Vokal a, e pepet, i atau u i, u
 
 
 
11

    Ejaan Lama Ejaan Kini

    Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
    ISC]
  1. a – e taling aleh a – i alih
  2. a – o batok a – u batuk
  3. e pepet – e taling lebeh e pepet – i lebih
  4. e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh
  5. i – e taling pileh i – i pilih
  6. i – o tidor i – u tidur
  7. u – e taling usek u – i usik
  8. u – o untong u – u untung

 
 
 
12

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir.
 
Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup
 
Vokal e taling atau o vokal e taling atau o
 
 
 
13

Pola Ejaan Contoh
 
 
1. e taling e taling leceh, gelek, selekeh
 
2. e taling - o tempoh, belok, selekoh
 
3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh
 
4. o – o obor, corong, borong
 
 
 
14
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL

    Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Contoh Kata Bahasa

    Nusantara Inggeris
    ISC]
  1. a – e taling aneh, awet kabaret, jaket
  2. a – o barong, calon atom, kontraktor
  3. e pepet – e taling gembleng setem
  4. e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom
  5. i – e taling imlek tiket, kriket
  6. i – o ijon, pilon diftong, transistor
  7. u – e taling tulen, ulet subjek
  8. u – o buron, bunglon kupon, konduktor
  9. a – e pepet pakem teater, plaster
  10. e taling – i - hipotesis, objektif

 
 
 
15
    ISC]
  1. e taling – u - petroleum, spektrum
  2. e pepet – e pepet demdem -
  3. i – e pepet iseng artikel, filem, dividen
  4. o – i - fosil, polis
  5. o – u - bonus, forum
  6. e taling – e pepet - meter
  7. o – e pepet - Oktober, broker

 
 
 
16
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah

Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan
bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan
dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan
 
a a abstrak
ae ae aerial
ai ai aileron, aising
au au audit, automatik
b, bb b lobi, hobi
 
 
 
 
17


Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa
bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang
dipentingkan ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
carbon jadi karbon bukan kaban
cartoon kartun katun
conductor konduktor kondakter
dialogue dialog dailog
institute institut institiut
structure struktur strakcer
 
 
 
18

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf
vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
atom tetap atom bukan atum
bonus bonus   bonos, bunus
fossil fosil   fosel, fusil
pistol pistol   pestol, pistul
 
 
 
19

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk-
nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian.
 
Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata
dikekalkan. Sebagai contoh:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
bl block jadi bl - blok
br brake br- brek
chl- chlorophyll kl- klorofil
chr- chronology kr- kronologi
cl- clinic kl- klinik
cr- credit kr- kredit
 
 
 
20

fr- franc jadi fr- franc
gl- glocose gl- glukosa
gr- gravity gr- graviti
kn- knot kn- knot
kr- krone kr- krone
pl- plumbum pl- plumbum
pr- practical pr- praktis
ps- psychology ps- psikologi
pt- ptomaine pt- ptomain
sc- scandal sk- skandal
scr- script skr- skrip
sk- ski sk- ski
sn- snooker sk- snuker
sp- spectrum sp- spektrum
sph- sphere sf- sfera
 
 
 
21

spr- spring jadi sp- spring
sq- squadron sk- skuadron
st- stable st- stabil
str- structure str- struktur
tr- tragedy tr- tragedi
tz- tzar tz- tzar
 
 
 
22

Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan,
beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem
ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet , sebagai
contoh:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
class jadi kelas bukan klas
club kelab klab, klub
glass gelas glas
grant geran gran
plan pelan plan
stamp setem stem
 
 
 
23

Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir
suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya
adalah seperti yang berikut:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
-lf golf jadi -lf golf
-lt cobalt -lt kobalt
-nce science -ns sains
-nk bank -nk bank
-ps forceps -ps forseps
-rd standard -rd standard
-rm chloroform -rm kloroform
-rt consert --rt konsert
 
 
 
24

-x complex jadi -ks kompleks
-xt text -ks teks
 
Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang
disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu
adalah seperti yang berikut:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
-ct fact jadi -kta fakta
-gm paradigm -gma paradigma
-ism materialism -isme materialisme
 
 
 
 
 
 
25

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang
sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu
dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu,
contohnya:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
bureau jadi biro bukan bureau
custom kastam kustom
driver drebar driber, driver
modern moden modern
pension pencen pension
station stesen station, stasion,
stesyen
 
 
 
 
26

Semua huruf ' g ' yang diucapkan ' j ' dalam bahasa Inggeris tetap
Diterima sebagai huruf 'g ' juga dalam bahasa Melayu . Sebagai
contoh:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
agenda tetap agenda bukan ajenda
gymnasium gimnasium jimnasium
technology teknologi teknoloji
tragedy tragedi trajedi
 
 
 
 
27

Huruf 'g' yang diucapkan 'j ' mengikut sebutan dalam bahasa
Inggeris, disesuaikan menjadi huruf 'j' dalam bahasa Melayu .
Sebagai contoh:
 
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
 
agent jadi ejen, agen
college kolej
contingent kontinjen
engine enjin
 
 
 
28

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
 
Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa
Arab dalam bahasa Melayu, iaitu:
    ISC]
  1. Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati

dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:
 
sahabat darurat hakim
izin kubur zat
sabar zalim
 
 
 
 
29
    ISC]
  1. Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah

transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:
 
hadith
kidhib
isti'mal
qunut
riya'


译海之深如语言之渊。吾等当游。
游客

返回顶部